Wednesday, November 26, 2008

Awal Mula Pertama Mula

Alhamdulilah.... setelah lama asyik melihat blog-blog orang lain, baru hari ini tercapai untuk buat blog sendiri. Dihatiku Enterprise adalah sebuah syarikat yang baru ditubuhkan iaitu pada 23 Nov 2008. Syarikat ini dianggotai oleh beberapa pelajar IPTA di Dungun dan aku adalah penasihatnya. Pada hakikatnya, aku sendiri baru berkecimpung dalam bidang penternakan cacing ini tetapi aku merasakan belum terlambat untuk aku mencuba. Walaupun kami semua tahu, kami tidak mampu menjadi seperti AZR Agro Center(kursus dengan dia) atau otai-otai penternak cacing yang lain tetapi sekurang-kurangnya kehadiran kami dapat menyemarakkan lagi bidang penternakan cacing ini. Semoga kehadiran kami diterima seadanya.

No comments: